Kau Yang Bernama Chinte...

By -yaFt-

Mari kiTew beRkenaLan ngN Chinte..


Adakah tapak tangan kowang berkeringat, hati kowang berdebar kencang dan
suara kowang tercekat di dadamu? - tercekik
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kowang x boley melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kowang nak kaat si dye tu kerana kamu tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kowang mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua
howang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN

Adakah kowang totap bogitaw kamu chinte nya pashal kamu tidak
ingin melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kowang menjadi miliknya kerana pandangan mata kornea nya membuat
hati kowang ber-jumpstyle?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kowang memaafin kesalahan si dye tu pashal kowang hambek berat
tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kowang mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya si dye tu yang
kowang fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUST-A.

Adakah kowang rela champak-an sume perkara fevret kowang untuk
kepentingan diri si dye tu?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi : ^_^



Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan
kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami ... menarikmu
mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan
siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa
penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.


Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia
kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu
mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA aww...


^_^



 


7 MAC 09

By -yaFt-
Akhir nye..
ade gak mse.. =P

Sem nie ak kena bwat satu projek..
projek nie nme nye KCCD' 09.. :)
projek nie bnyk marks woo..

0700
ak dah bgun dgn smgt nye
0900
dah smpai square one then aksi meniup belon
smpai kurus pown start..
ekeke..
1000-1030
oi..
event dah start...
aiyoo..
cm ne nie..
layan je..
smpai kol 1400 lebih
ak da lemau..
X(
1500 ++
yay..
dah bley balik...

sbg memori..
ak de upload gmbr mse event..
cmment2 kn lah yerk..
=)

SEHARI SE-MALAM SEBELUM EVENT START *aduyai..sume bz siot



*tgk je ble nk agkt nye....

*nie team bunga...sume mat bunga..ekeke..




*haa..xbwat keje erk..report kt C.P

*pkai spec itam baru leh agkt meja...bgus2

*sume ngah tahan backdrop dari runtuh..kiki... =P

*bwat keje cket da saket pinggang..apa daa..




**sedey xtergambar..nick ak laen tp dapat tag nick laen..
tp xpew.. cute jugak nick baru nie kan..
ekeke..
xP


DETIK2x EVENT DAH START *bermula ny penink pale..heheh










*bintang kecik rox...

*ramai kn org dtg mse event nie.....















*kawen ke ape nie??....
MSE BAGI HADIAH - HADIAH BAGI MSE *sedey ak xdpt X(


*cmnie la cth2 bakal papa mithali... =P









Adess... X)
abes jgak akhir ny..


*tersandar coz xdpt mkn tgh hari...huhu X(




nie ar dak klas aq..
sume rox n sporting (*maybe)...

event kitorg selamat disempurnakan..
thanx 2 my C.P
u did a great job bro.. =)

Chaiyok..
olz..

n' sume yang tlibat.......


-credit to dCsN 3/1-

 


13 Jan - 14 Jan 09

By -yaFt-
Assalamualaikum......

yay..ak ade bhan jgak nk post..heeheheheeeee !!!!!


baru igt mggu tu nk blek uma..
ttbe jerk ade kwn ak antar msg ade meeting..
so dgn lemah longlai nye diri ku..
membanting tulang berjalan kaki ke kolej...
tgk2 ade aktiviti lak kt kolej..
2 hari lak tu..adess !!

tp xpew..
demi lecturer yg ak cayunk..
ak tolonk ar..
at least dapat jgak sejil..
ekekeke...

so mcm xbiasa plak kn..
ble time2 event nie ar nk tgkp gambo kn..
and nie yg ak dapat yg terbaek..
ekekeke.....
^_^


yaft n' salam





yaft n' din (bro2 kptmbp nih)
:) - go din go !!

nie lah akue...
xley diri dah time nie..
xlarat sgt..
bukan bwat keje pown..
xlarat nyebok depan stage..
heheh..
X)

yaft n' rein


yaft n' tonyo featuring salam
(xabes2 mamat nie interprem lebih2)
huhu.. xP

note* sume picture nie di amek time event n copyright is not allowed

 


Catatan sekilas

By -yaFt-
Makna Safar

Safar bermakna 'sifar' (kosong). Ia merupakan bulan kedua
dalam kalendar Islam. Dalam bulan ini orang-orang Arab
dahulu biasanya meninggalkan rumah mereka menjadi kosong.
Ketika inilah mereka melakukan serangan, melaksanakan
pembalasan terhadap musuh-musuh mereka.

Peristiwa

Beberapa peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam
pada bulan ini antara lain:

1. Perkahwinan Baginda saw dengan Khadijah binti Khuwailid r.a, ianya berlaku sebelum Nabi saw dilantik menjadi Rasul.

2. Kebenaran berperang (2 Hijrah), peperangan pertama yang dihadiri oleh Rasulullah saw adalah 'Wudan' atau 'Abwak' bagi menentang kekufuran.

3. Tragedi Ar-Raji', berlaku pada tahun ketiga Hijriyah (pendapat lain, 4 Hijriyah). Seramai tujuh orang sahabat Baginda saw diutus untuk mengajar agama Islam kepada kaum 'Udal dan Al-Qarah, tetapi mereka telah mengkhianati perutusan tersebut dengan melakukan serangan hendap di sebuah tempat persinggahan yang bernama Ar-Raji' di daerah 'Usfan (kawasan di antara Mekah dan Madinah).

Di antara yang menyertai perutusan itu Khubaib bin 'Adiy, Marthad bin Abi Marthad Al Ghanawiy, 'Asim bin Thabit dan Zaid bin ad-Dathanah.

Kesemua sahabat dibunuh di tempat serangan kecuali Khubaib bin 'Adiy yang dibawa ke Mekah dan dibunuh di sana. Beliau merupakan orang yang pertama menunaikan dua raka'at sunat sebelum dibunuh yang kemudiannya menjadi ikutan sunnah.

4. Peperangan Bi'ru Ma'unah (4 Hijrah), di bawah pimpinan Al-Munzir bin 'Amr As Sa'idiy yang ditugaskan untuk berda'wah dan mengajar tentang agama Islam dan Al-Quran kepada Bani 'Amir disertai oleh 40 orang sahabat Baginda s.a.w.

5. Pembukaan Khaibar (kubu orang Yahudi) pada tahun ketujuh Hijriyah, disertai juga oleh 20 orang sahabat wanita di antaranya Ummu Salamah, Safiyah binti Abd. Mutallib dan Ummu Aiman. Seramai 15 orang sahabat gugur syahid manakala di pihak Yahudi pula seramai 73 orang mati terbunuh. Orang Yahudi pada mulaannya merasakan bahawa mereka tidak boleh ditewaskan kerana keteguhan kubu, jumlah alat kelengkapan senjata dan bilangan mereka yang ramai.

6. Peperangan Maraj Rahit pada tahun ke-13 Hijriyah di pinggiran bandar Damsyik, Syria di bawah pimpinan Khalid bin Al-Walid.

7. Pelantikan 'Abd. Rahman Al Ghafiqiy sebagai Gabenor Andalusia pada tahun 113 Hijrah.

8. Kewafatan panglima Islam Salahuddin Al-Ayyubiy pada 27 Safar 589 Hijrah.

9. Kejatuhan Kerajaan Abbasiyah yanb berpusat di Baghdad ke tangan Tatar pada tahun 656 Hijriyah. Khalifah 'Abbasiah, Al-Mu'tasim Billah, terbunuh beserta ahli keluarganya, orang-orang kenamaan negara dan ratusan ribu orang Islam. Beribu-ribu kitab Islam musnah.
 


Kelebihan Sembahyang Malam

By -yaFt-
"Apabila seseorang itu jaga dari tidurnya di waktu malam dan membangkitkan
isterinya lalu kedua-duanya sama-sama menunaikan dua rakaat sembahyang
nescaya mereka ditulis dalam golongan manusia yang banyak menyintai dan
menyebuti ALLAH." -Diriwayatkan oleh Ibn Hibban dari Abi Sa'id.

Tujuannya:

Malam dengan ketenangan dan kejernihan suasananya merupakan sebaik-baik
waktu untuk beribadat, kerana itu para mukmin digalakkan mengambil
kesempatan-kesempatan keemasan itu untuk mengukuhkan hubungan dan
kecintaannya kepada ALLAH. Alangkah qudusnya iman seseorang apabila di saat manusia yang lain sedang tidur nyenyak ia bangkit mendirikan sembahyang dan membangunkan isterinya sembahyang bersama-sama untuk mempersembahkan pujian, harapan, permohonan dan permintaan ampun kepada ALLAH ketika dunia diselubungi sepi dan gelita. Alangkah indahnya pandangan dua manusia suami isteri sama berdiri lurus menghadap qiblat dan sama meletakkan dahi mereka ke lantai di tengah-tengah kekelaman malam untuk membuktikan ' ubudiah mereka yang tulus kepada ALLAH, memohon keberkatan hidup dunia dan kebahagiaan hidup di negeri Akhirat.

Di dalam al-Quran dan Hadis terdapat pelbagai sanjungan dan galakan supaya
manusia mengejar fadhilat sembahyang malam, firman ALLAH Ta'ala:

" Dan di waktu malam bangkitlah sembahyang tahajjud sebagai sembahyang
tambahan bagi ibadatmu semoga ALLAH membangkitkanmu di hari Akhirat dengan
kedudukan dan darjat yang terpuji." - Al - Isra' (79).

Di dalam surah az-Zariat ayat (18) ALLAH memberi sanjungan yang tinggi
kepada amlan-amalan orang-orang yang bertaqwa yang mendapat balasan syurga, di antara amalan itu ialah mereka yang banyak melakukan ibadat sembahyang di waktu malam dan memohon keampunan di saat-saat dinihari.

Waktu sembahyang itu luas, ia boleh dikerjakan di awal malam, di
pertengahan malam dan di akhir malam selama sembahyang itu dilakukan
selepas sembahyang Isya'. Menurut al-Hafiz Rasulullah s.a.w. tidak
sembahyang malam di satu waktu tertentu, malah ia sembahyang mengikut
kesempatan dan keselesaan yang didapatinya tetapi waktu sembahyang yang
paling afdhal ialah ditengah malam iaitu masa sepertiga malam yang akhir.

Bilangan rakaat sembahyang malam tidak juga ditentukan, ia boleh
terlaksanakan dengan satu rakaat sembahyang yang didirikan selepas
sembahyang Isya'. Dalam sebuah Hadis Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Hendaklah kamu dirikan sembahyang malam walaupun satu rakaat."

Tetapi yang paling afdhal ialah sebelas rakaat atau tiga belas rakaat
seperti kebiasaan yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu dengan satu
rakaat atau tiga rakaat witir di akhirnya.

Walaupun demikian, seseorang itu tidaklah disuruh mengerjakan sembahyang
malam dengan memaksa-maksakan dirinya secara keterlaluan, kerana ibadat
yang sempurna pastilah dilakukan dengan selesa dan ikhlas, apabila ia
terlalu mengantuk ia boleh tidur dulu untuk beberapa waktu, kemudian
barulah bangkit sembahyang. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda :

" Apabila seseorang dari kamu sembahyang malam, kemudian bacaan al-Qur'an menjadi asing bagi lidahnya kerana mengantuk hingga ia tidak tahu apa yang dibacakannya, maka hendaklah ia tidur dulu."

Dalam satu Hadis lagi Rasulullah s.a.w. bersabda :

" Buatlah amalan-amalan itu sekadar kuasamu kerana ALLAH itu tidak jemu
hingga kamu jemu."

Amalan yang sedikit tetapi tekun adalah lebih baik dari amalan yang banyak
tetapi jarang-jarang.

Kerana itu persoalan menentukan waktu sembahyang malam dan menentukan banyak mana rakaatnya terserahlah kepada pertimbangan sendiri berdasarkan keikhlasan dan rasa 'ubudiah' yang murni.

Di antara peraturan-peraturan yang disunatkan dalam sembahyang malam ialah :

(1) Apabila ia hendak tidur, ia disunatkan untuk bangkit sembahyang malam
supaya keazamannya dapat membangkitkannya di waktu yang tepat.

(2) Sesudah mencuci muka, mengambil wudhuk dan bersugi dia disunatkan
membaca doa-doa khas sembahyang malam.

(3) Ia disunatkan memulakan sembahyang malam itu dengan dua rakaat yang
pendek dan ringkas, selepas itu boleh ia menyambung sembahyang itu seberapa ia suka.

(4) Menggerakkan isterinya agar ia turut serta bersembahyang malam, dan
bagi isteri disunatkan menggerakkan suaminya.

Hadis bab ini telah menyebutkan bahawa orang-orang yang banyak mendirikan sembahyang malam akan ditempatkan sejajar dengan golongan " " iaitu golongan yang amat disanjungi ALLAH, iaitu golongan orang - orang yang tidak sunyi mengingati dan menyebut ALLAH sama ada dengan hati, dengan lidah atau dengan kedua-duanya sekali sama ada dalam bentuk berzikir, membaca al-Qu'ran, memikirkan masalah-masalah ilmu yang ada hubungan dengan ketuhanan atau masalah-masalah pengetahuan yang diredhai ALLAH, kerana mempelajari ilmu itu ialah mempelajari undang-undang ALLAH yang berlaku dalam alam ini.

"Renungkanlah sejenak...mengapa kte tidak mengambil peluang ini sementara ia masih belum terlambat" Janganlah kte berada dalam golongan yang leka dgn nikmat duniawi ini, sesungguhNya akhirat itu kekal abadi..
Renung2kan...
Assalamualaikum.... -yaft-


 


Support....Ramai-ramai jom

By -yaFt-
Myspace..tagged...facebook n dll laju jerk korang sign up. Cbe sign up mende nie ade gak input pasal ape je tentang islam. Pasal Palestin pun ade. Kat sini ade jugak aweks so dah bleh lawan korang pnye myspace..tagged..facebook n dll. amacam, best x..cbe dlu
kat bawah ade link' so rajin2 kan lah utk kli yea...
Assalamualaikum....

Klik sini ---> iluvislam



 


31 JANUARY 09 ( CUTI YANG XBEST PUN )

By -yaFt-

MANUSIA DAN JENGKING

:-> Semasa berjalan-jalan di pinggir taman, seorang lelaki tua ternampak seekor kala jengking yang tergapai-gapai di dalam lopak. Jengking hitam sebesar ibu jari kaki itu berkali-kali cuba memanjat tebing, tapi setiap kali mencuba, ia jatuh semula ke dalam air.

Lelaki tua itu berasa simpati. Dicapainya jengking hitam itu, tapi belum sempat menyelamatkannya, haiwan itu menyengat jari lelaki tua itu. Sakitnya bukan kepalang. Ironinya, tiap kali disengat, orang tua itu tetap juga mencuba untuk mengangkat jengking hitam itu keluar dari lopak.

“Mengapa pakcik masih lagi nak menyelamatkan kala jengking ini? Dah berkali-kali pakcik disengatnya,tapi pakcik masih lagi nak mencuba. Kenapa?” Tanya seorang pemuda yang sejak tadi memerhatikan lelaki tua tersebut.

Orang tua itu menjawab,”Menyengat memang sifat semulajadi seekor kala jengking. Tapi sifat semulajadi manusia ialah menyayangi. Mengapa mesti kita korbankan sifat semulajadi kita itu kepada sifat semualajadi seekor haiwan?”.

Selepas berkata demikian, lelaki tua itu mencuba lagi mengeluarkan jengking hitam itu sehingga berjaya. Lelaki tua itu tersenyum puas biarpun bisa sengatan telah pun menular ke seluruh tubuhnya…

Bersama-samalah kita menghayati erti sebenar sifat semulajadi kita yang bernama manusia..





 


22 JANUARY 09 (What is Love?)

By -yaFt-




We ask ourselves, What is Love? Well...It is very hard to explain the meaning of LOVE because it can mean many different things. Here are some of the many meanings of LOVE that I came up with and that I got deeply inside my heart.... X)









LOVE is acceptance....
LOVE is patience.....
LOVE is exploration.....
LOVE is understanding....
LOVE is consideration.....
LOVE is trust ....
LOVE is responsibility.....
LOVE is a sweet desire....
LOVE is ecstasy....
LOVE is truth...
LOVE is joy.....
LOVE is to suffer.....
LOVE is realizing what your lover really looks like inside.....
LOVE is to be with your lover and not caring what time it is.....
LOVE means believing in someone, in something......
LOVE always involves listening to one another.....
LOVE can be firm, but when needed it must be tender.....
LOVE is reliable.....
LOVE is never selfish.....
LOVE will never reject others.....
LOVE is blind
<-- wrong : it has 4 eyes XD